Saturday, September 10, 2016

Apa itu rabun? Mampukah rawatan supplemen menurunkan rabun?



Sekarang ini, ramai orang tertanya-tanya adakah wujud solusi untuk menurunkan ralat refraksi  iaitu rabun tidak kiralah rabun jauh atau rabun dekat. Ditambah lagi dengan wujudnya produk-produk pseudo-science yang dikatakan dapat menurunkan rabun, silau, penyakit katarak dan seumpamanya. Perlu di tekankan disini, rawatan untuk rabun yang ada sekarang ini hanyalah melalui  kaedah cermin mata, kanta sentuh dan juga pembedahan mata secara laser (LASIK). Bagi memahami apa itu rabun, lebih baik kita lihat apa itu konsep rabun sebenarnya.

Rabun atau ralat refraksi berlaku apabila imej yang dilihat oleh individu tidak jatuh pada lapisan paling luar bola mata iaitu retina. Jika imej itu jatuh di hadapan retina, ia dipanggil rabun dekat atau myopia. Manakala, jika imej itu jatuh di belakang retina, ia dipanggil rabun jauh atau hyperopia. Silau atau astigmatism pula berlaku apabila permukaan kornea mata yang tidak rata menyebabkan banyaknya berlaku titik-titik imej yang boleh menyebabkan silau. Punca utama terbentuknya rabun itu adalah bergantung kepada kepanjangan bola mata. Namun, banyak lagi punca lain yang menyebabkan terjadinya rabun seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan lain-lain tapi mari kita fokuskan maksud rabun itu pada seseorang yang sihat tubuh badan. Kenaikan ralat refraksi itu adalah perkara biasa malah ia adalah salah satu proses tumbesaran untuk setiap individu. Sebab itu sering kali kita dapat lihat kenaikan ralat refraksi terutama sekali pada kanak-kanak. Ini adalah berpunca daripada  tumbesaran bola mata yang masih berterusan, cuma kadar pembesaran itu mungkin lambat pada remaja berbanding kanak-kanak. Kebiasaannya, setiap individu akan mencapai ralat refraksi yang stabil apabila mencecah umur 20 tahun ke atas. 


Mari kita fokus pula apa itu rabun tua atau di kenali presbyopia. Rabun tua ini terjadi apabila otot-otot mata menjadi lemah. Ini menyebabkan keupayaan untuk fokus ketika membaca menjadi semakin berkurang. Pada tahap ini, ramai orang yang berumur dalam lingkungan 40 tahun keatas memerlukan bantuan kaca mata untuk membaca atau melakukan kerja dalam jarak dekat. Kebiasaanya, rabun ini akan meningkat seiring dengan kenaikan umur.

Justeru itu, jika kita kaitkan definisi rabun dengan penggunaan produk-produk pseudo-science ini, mampukah produk-produk ini mengurangkan rabun, atau erti kata lain mengubah kepanjangan bola mata seseorang itu? Adakah ia benar-benar mampu menurunkan ralat refraksi kepada kosong seperti yang di war-warkan pada testimoni-testimoni yang semakin berleluasa di laman sosial sekarang ini. Perlu di ingat, ralat refraksi yang di periksa melalui mesin scan power mata adalah tidak tepat sama sekali. Ini kerana rata-rata testimoni yang dapat dilihat dalam laman sosial sebenarnya berpandukan sepenuhnya pada kaedah ini. Sebenarnya, ini adalah cuma anggaran ralat refraksi atau power pada setiap individu . Power yang di scan sebenarnya boleh berubah-ubah seperti waktu pemeriksaan. Pemeriksaan pada waktu siang mungkin berbeza pada waktu petang atau malam. Mata kering atau kurang fokus juga boleh menghasilkan power yang berubah-ubah. Malah, jarak dahi yang tidak tetap dengan penyandar dahi di mesin scan power mata itu juga boleh menyumbang kepada perubahan power untuk setiap individu. 

Sekali lagi perlu di tekankan, penggunaan produk-produk yang dikatakan dapat mengurangkan power itu tidak benar sama sekali. Malah mitos pengambilan sayur karot atau tomato tidak dapat mengurangkan rabun. Pelancaran peredaran darah pada retina juga sebenarnya tiada kaitan dengan penurunan ralat refraksi ini.  Karot atau supplemen yang ada hanya mampu menyihatkan lapisan belakang mata (retina) sahaja tetapi tidak dapat mengurangkan rabun. 

Oleh itu, bersyukurlah jika dengan pemakaian kaca mata atau kanta sentuh dapat kembalikan penglihatan seseorang itu. Seseorang yang mempunyai rabun tidak bermaksud mempunyai mata yang tidak sihat. Sama juga mata yang tidak mempunyai rabun, tidak menunjukkan seseorang itu mempunyai mata yang sihat. Hargailah mata anda sekalian. Rujuklah pakar-pakar optometri yang sedia ada, kerana kami sedia membantu untuk menjawab segala pertanyaan semua.

Sekian Terima Kasih.

 Amin91
Optometry IIUM Batch 8

3 comments:

  1. Very informative/Useful blog about Blindness and Nightsighted treatments...... Thank you!

    B.sc optometry distance education

    ReplyDelete
  2. تبدأ نتائج عملية شفط الدهون بالبليزر بالظهور بشكل شبه فوري قد يحتاج الأمر بضعة أشهر لتظهر النتائج النهائية بشكلها عام افضل مراكز شفط الدهون بالليزر في القاهرة هو مركز الدكتور حامد قدري بشكل عام ينصح الجراح المريض بالابتعاد عن ممارسة أنشطة معينة قد تفرض أي نوع من الضغط أو الشد على جرح العملية

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...