Sekarang ini, ramai
orang tertanya-tanya adakah wujud solusi untuk menurunkan ralat refraksi iaitu rabun tidak kiralah rabun jauh atau
rabun dekat. Ditambah lagi dengan wujudnya produk-produk pseudo-science yang
dikatakan dapat menurunkan rabun, silau, penyakit katarak dan seumpamanya.
Perlu di tekankan disini, rawatan untuk rabun yang ada sekarang ini hanyalah
melalui kaedah cermin mata, kanta sentuh dan juga pembedahan mata secara laser
(LASIK). Bagi memahami apa itu rabun, lebih baik kita lihat apa itu konsep rabun
sebenarnya.