Optometri??? Semasa saya masih belajar di Universiti, bila saudara mara, kawan-kawan sekolah dan kenalan lain bertanya,
“Sekarang ambik course apa kat UKM?”.
“apa-apa, Ooop…peliknya nama course tu, nak sebut pun susah”
“oo..belajar buat spec. la”
“kira keluar you nanti doktor mata la.”
Daripada respon mereka, saya membuat kesimpulan yang Optometri ini masih janggal di kalangan besar masyarakat dan kebanyakan mereka tidak mengetahui maksud Optometri ini dengan jelas.
Oleh demikian saya ingin jelaskan apa itu sebenarnya Optometri dalam bahasa dan istilah laymen supaya masyarakat mempunyai persepsi yang lebih tepat tentang Optometri. Optometri merupakan satu salah satu bidang perubatan dan kesihatan. Bidang ini merupakan satu bidang professional sama seperti bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejuruteraan, dan sebagainya. Bidang Optometri ini secara umumnya adalah bidang penjagaan penglihatan.
Adalah tidak dinafikan bahawa bidang Optometri banyak dikaitkan dengan rabun dan penghasilan cermin mata. Namun, bidang ini sebenarnya adalah lebih luas daripada apa yang sering dilihat oleh mata umum. Terdapat banyak bidang pengkhususan dalam Optometri, dan ada di antaranya yang sudah lama bertapak di Malaysia. Antara bidang pengkhususan dalam Optometri ialah (mengikut urutan populariti di Malaysia)
1. Kanta Kontak/Kanta Lekap (Contact Lens)
2. Tahap Penglihatan Rendah (Low Vision)
3. Optometri Kanak-Kanak (Pediatric Optometry)
4. Juling & Penglihatan Binocular (Squint and Binocular Vision)
5. Penglihatan Berwarna (Color Vision)
6. Penyakit Mata (Ocular Diseases)
7. Penglihatan untuk Sukan (Sports Vision)
8. Neurologi dan Sains Penglihatan (Neurology and Visual Science)
Bidang Optometri tidak boleh dikelirukan dengan bidang profesional lain berkenaan mata dan penglihatan. Bidang tersebut ialah:-
1. Ophthalmologis (Ophthalmologist)
2. Optometris (Optometrist)
3. Optisyen (Optician)
Saya berharap blog ini dapat membuka mata masyarakat tentang bidang dan perkhidmatan optometri di Malaysia, selain menbantu pembaca umum untuk lebih memahami mata dan penglihatan mereka. Oleh demikian, penerangan yang diberikan akan menggunakan bahasa laymen yang tidak terlalu saintifik dan mudah difahami. Keutamaan kami adalah anda dan mata anda.
SATU ARTIKEL YG MUDAH DIFAHAMI..OH SKRG SAYA LEBIH JELAS APA YG DIMAKSUDKAN DENGAN OPTOMETRI
ReplyDeleteI re-post this article purposely to Answer a question from one of Syah's Optometry Blog readers. Hope this post will be benefit to you.
ReplyDeletebagus sir~~senang sy bg link pada sape2 yg asyik bertnya tu....
ReplyDeletetp mmg same je la experience saye..blk kg mesti tnya and jwpn mcm "ohh..doctor..'..
i like this articel..
@ARIFAH
ReplyDeleteThank you Arifah..so, you can distribute this article/link to your Organg Kampung..
nice one sir!.. camtu jugak la coment y dterima ble org tye amek course ape dulu.. then lately ade few inspired answers:
ReplyDelete- optometry? hmm, good one!. xramai org y tau psl dis course..
- optometry?.. bagus2, bley tlg org nnti kije esk2 ^^
- optometry a? very good lo.. biasanye ramai cine y amek ini course kn?..
who else shud enlighten them if not us rite?.. so , lets uphold our position in d community n professional services! =D
salam..kalau ambik bidang nie byk peluang pekerjaan x utk goverment pnya..?? thnx..
ReplyDelete@miSs hMm~
ReplyDeleteAlhamdulilah..Yup, this field has a special post at Government.
@miSs hMm~n
ReplyDeleteYurp, It offers a special post a government service
tp doktor dkt kuching nie cakap kn, kalau bidang nie sikit jer diowg ambik utk berkerja di goverment hospital..
ReplyDelete@miSs hMm~
ReplyDeletebetul tu..post nye tak seramai post Doctor..
Optometrist post kat gov. sector masih Alhamdulillah buat masa ini
assalam..thaks for this post. but,can i know how much salry that we will gain as an optometrist?
ReplyDeletepeluang pekerjaan banyak x kalau ambik bidang nie?
ReplyDelete@aira's life
ReplyDeleteSecara puratanya jika Anda pilih untuk makan gaji; Fresh Graduate
Swasta: RM 3000-RM 6000.
Gomen: U41- RM 2500- RM 3500
Jika Anda buka Klinik Optometri sendiri
RM 6000-RM 20000 (untuk satu outlet)
@izah
ReplyDeleteSo far, semua yg baru grad terus dpt offer even setengah tu b4 grad dah dpt offer.
nisbah optometrist: pesakit
1:3000 (ratio skrg)
kerajaan target
1:100
yang ni saya sokong....
Deletehi thr.
ReplyDeleteim currently studying optometry, and was just wondering if there is any possibility for me to be working or perhaps expand my wings with my degree taken here in malaysia to maybe australia? i heard that working overseas entitled you with the status doctor?is that true?how bout here in malaysia? can we operate our own clinics?
and could you please enlighten me some of the government or private hospitals that offers job to optometrist?Thank you so much!
Salam, saya lepasan matrikulasi. boleh tau tak requirement cgpa untuk optometry ni berapa eh ?
ReplyDeleteminimum requirement 2.50, tapi buat masa ni majoriti yang mintak course ni CGPA 3.50 above. maka sesuai kan la dengan keputusan matrikulasi Anda
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletenak tanye, lau amik degree kos ni tough x?
ade yg ckp, byk duit kne klua tuk beri peralatan.. yeke?
kalau nak cakap tough tu xla sangat.. yang penting ada usaha memang no problemm...
Deleteperalatan tu mmg wajib beli retinoskopi.. around 1500-2500 la juga... but u will use it for lifetime ...
Ada chance untuk jadi doc tak bidang potometri nihh ?
ReplyDeleteDi Malaysia, graduan optometri akan di anugerahkan Ijazah Sarjana Muda Optometri (B.Optom) dan ianya TIDAK membawa gelaran gelaran Dr.
DeleteJika di US, Melbourne dan dibeberapa negara lain, graduan optometri akan di anugerahkan Ijazah Doktor Optometri (OD) yang membawa gelaran Dr.
Berbalik kepada soalan saudari Misz Anne, jika anda masih ada 'chance' untuk jadi doc, menerusi cara2 ini
1. selepas tamat, B.Optom, anda sambung belajar dalam Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
2. Selepas tamat B.Optom, anda sambung belajar di Optometry Doctor di University of Melbourne kerana syarat kemasukan ke course tersebut sekurang-kurangnya anda telah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains,(memiliki Ijazah Sarjana Muda Optometry adalah satu kelebihan)..keterangan lanjut berkaitan syarat kemasukan kan tu boleh rujuk dipautan ini http://graduate.science.unimelb.edu.au/doctor-of-optometry-entry-requirements
3. Selepas tamat, B.Optom. atau lepas matrikulasi/STPM..terus ambil Ijazah Sarjana Muda yang membawa gelaran Dr. seperti (MD, MBBS (Doktor Perubatan) BDS, DDS (Doktor Pergigian), Doktor Veterinar)
Harap dapat pencerahan
if sambung optometry doctor di university of melbourne , boleh ke apply for mana mana scholarship ? atau mmg kena fully support by own financial ? kalau boleh apply untuk scholarship , how and to what agency boleh apply ?
Deletei wanna ask u something.. err. optometri ni kerjenya mcm mana? kalau kerja di hospital tu kerjanya bhg mana? under doc pkr mata ke?
ReplyDeleteYes..Thank you for asking. Bidang kerja Optometri luas di hospital. Di sini saya berikan beberapa bidang tgas UTAMA Optometrist di hosipital berdasarkan pengalaman latihan industri/kilinikal semasa di tahun 2, tahun akhir pengajian Optometri lalu dan lawatan penilaian pelajar untuk latihan industri. Antara tugasan utama (kerja nye);
Delete1.Ujian refraksi mata (check power mata & dsb)
2.Ujian penilaian binokular (keseimbangan mata, juling)
3.Ujian saringan kesihatan mata
4.Penilaian pemasangan kanta sentuh untk pesakit keratoconus,bandage contact lens utk pesakit pasca pembedahan mata, kanak-kanak dsb.
5.Penialain medan penglihatan
6.Ujian diagnostik khas mata pra & pasca pembedahan (A-Scan, B-Scan, dsb)
7.Dan banyak lagi la..mungkin Optometris yang bekerja di Hospital boleh tambah info berkaitan.
Optometrist/ Pegawai Optometri di hospital bekerja di Unit Optometri bawah seliaan Jabatan Oftalmologi (Doktor Pakar Mata). Kesimpulannya bidang tugas Optometrist di hospital adalah luas dan sangat BEST..
klau budak2 lepasan spm brminat dgn bidang ni, ap kputusan yg slalu dorng tngk? if bukan dri klas sains tulen bleh ke? stngah ckp kne ambik foundation/asasi dlu. but sy bukan klas sains tulen
ReplyDeleteSyarat untuk masuk Optometri , anda haruslah lulus cemerlang matrikulasi/asasi Sains Hayat.jika Anda ada mengambil subjek Fizik adalah satu kelebihan.
DeleteAtau boleh juga masuk dengan keputusan STPM dengan syarat Anda daripda kelas Sains.Lulus cemerlang Subjek biology adalah salah satu prasyarat kemasukan.
Ini adalah panduan syarat kemasukan secara umum, sila rujuk kepada Jabatan Optometri universiti yg dipohon
assalamualaikum , sy student lepasan asasi sains uitm . boleh tak saya nak further course ni masa degree nanti ? my cgpa just 3.56 , selamat tak kalau nak apply ths course ?
ReplyDeleteas salam,,,boleh terangkan prbezaan antara bdang optometri dgn
ReplyDeleteOphthalmologis,Optometris,Optisyen....
assalamualaikum.boleh x terangkan maksud entry number 3 ni ' 3. Selepas tamat, B.Optom. atau lepas matrikulasi/STPM..terus ambil Ijazah Sarjana Muda yang membawa gelaran Dr. seperti (MD, MBBS (Doktor Perubatan) BDS, DDS (Doktor Pergigian), Doktor Veterinar) ? adakah saya lepasan matrik boleh ambil course optometri dan mendapat gelaran Dr. ? mohon maklum balas ye . terima kasih..
ReplyDeleteAssalamualaikum , kalau rabun bolehkah ambil kos ini ?
ReplyDeleteboleh takde masalah pun ��
DeleteCakap aje Doctor Mata.... Optometrist ni perkataan scientific, kalo beritahu kat org tua pon mereka tak paham, Doctor Mata, mereka tao... wakakka.....
ReplyDeletehttp://www.malayaoptical.com/
KALau smbung opto dekat kolej swasta,,cth twintech senang tak dpt kerja nnti?sy kliru nk plih bidang ni atau tak sbb mara offer bidang nie>_<
ReplyDeleteKalau x keberatan..sy nk tnya..
ReplyDeleteIbu saya disahkan menghidap bilateral retinitis pigmentosa 7years ago..dan skrg selaput mata di kedua dua belah mata telah masuk smpai ke mate hitam..so sy nk tnye..perlu x buang selaput tersebut? So that ibu sy still boleh melihat walaupun sikit..tq
Thanks for this great post! -This provides good insight.You might also be interested to know more about generating more leads and getting the right intelligence to engage prospects.pegasimediagroup implements new lead gen ideas and strategies for generating more leads and targeting the right leads and accounts.Optometrist
ReplyDeleteOptometri dekat UKM in english or BM?
ReplyDeleteenglish.
Deletemaaf nak tnya, contohla kalau dpt 4flat semasa matrikulasi for both sem, then nk apply optometry, diorang akan refer result matrikulasi or spm yg lepas? sbb bila tngok dkt universiti yg offer this course kebanyakan nak result spm at least B in biology,chem and physics. but mine got C+ for these three subject in spm. how about my matriculation's result ? 😭 :(
ReplyDeletehai i tolong jawab tau I rasa tak, sebab physic I pun dpt C+ for spm, but i got 4flat semasa matriculation. so awak boleh try apply dulu
DeleteHi,sya spm leaver yg bru nk nk decide course kt U nnti..sya nk tnya,
ReplyDelete-apa beza optician and optometrist? Which one better?
-Skrng bidang opto,dietetik,audio yg mna pling relevan and senng dpt krja lps grad?
-Ada life balance x time krja nnti and berbaloi x dngn gaji yg ditawarkn?
-bidang ni boleh smbung pendidikan jgk kan untk jdi lecturer?
Trima ksih��