Alhamdulillah..setelah beberapa minggu terkejar ke sana ke mari...turun naik pejabat sana sini...berpeluh-peluh & sakit-sakit badan..akhirnya hampir segala urusan yang URGENT dan penting sebelum bermula telah pun selesai...
- Rumah sewa dah dapat dan dah siap proses membersihkan nya..rubber mat siap dipasang, barang2 keperluan yg agak banyak ni dah siap diangkut naik ke "ATAS" dan mengemas ala koboi..buka mana yang perlu sahaja dulu..tak muat rumah kalau unpack semua. Maka, adegan basah kuyup dan sakit-sakit badan berakhir.
- Taska baru dah jumpa dan Adam Syah pun dah boleh geng ngan kawan2 dan cekgu2 kat Taska baru...Tiada lagi adegan nangis dan morning blues lagi....bangun je pagi...PAPA ADAM SYAH NAK PEGI NEW SCHOOL..
- Sabtu lepas, Alhamdulillah dah siap daftar di UKM, beratur sampai kul 4 baru setel semua..
- Medical check-up pun dah siap untuk hantar ke KPT.
- Dah pandai naik LRT dan beberapa jalan2 alternatif ke lokasi2 penting sudah diajar..terima asih banyak pada kawan2 yang membenatu..nanti saya belanja makan lagi kat Pormtip.
Maka, hari ni bermula lah kembali kehidupan sebagai PELAJAR..pelajar tua kot, hari ni ada Hari Orientasi dah taklimat, dengan bersemangat berpagi2 dah pacak di Stesen LRT nak ke kampus...bermula hari, no more lagi sakit2 badan tapi akan datang plak sakit2 mata duk bersengkang depan 'Epal Air' ni...harap semua berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Sebelum betul2 fokus, beberapa To Do List yang belum setel...borang scholar, borang SL ntah bila nak terima dari universiti, pencarian rumah yang lebih selesa within this 1-2 weeks MESTI selesai...
Okay la dulu, beransur dulu, nak kena buat homework bertimbun-timbun dah ni...Ethical, Prop., Gantt, Lecture, Budgeting...
Pada semua supervisor, lecturers, kawan, pelajar dan kenalan laman buku saya atau kenal masa daftar hari tu ke atau mana2 sahaja doakan saya diberikan KESIHATAN YANG BAIK dan dipermudahkan segala PERJALANAN BARU ini.
Mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan silap sebelum ini, kini dan selamanya.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas,
Muziman Syah
Welcome to KL boss...welcome to Ph.D world...please see me, I've lots of project for you boss
ReplyDeleteJom Tuan..sy belanja g makan kat open house rumah saya..good luck Tuan
ReplyDeletekemah keming boh
ReplyDelete