Wednesday, May 15, 2013

Betul kah Qiblat Solat Ku?


Assalamualaikum wbt pembaca Muslim sekalian,

Pernahkah Anda menghadapi keraguan tentang Qiblat yang digunapakai adalah betul atau sebaliknya? Situasi ini sering berlaku apabila kita travel ke sesuatu tempat terutamanya pegi oversea yg bukan negara Islam.



Kadang-kadang berlaku jugak walaupun kita berada di Malaysia, contohnya di kawasan kejiranan dan pejabat.

                                 Jiran rumah Y & Z arah kiblat berbeza?


Qiblat surau pejabat aras 1 berbeza dengan surau aras lain?


Kenapa perkara ini berlaku? Mungkin ada yang kata saya guna kompas brand A & awak guna B, atau sekarang ni dunia smartphone masing-masing guna smart phone..free apps la katakan..Mungkin si A kata saya guna Samsung phone, si B kata saya guna Apple phone, sebab tu berbeza...Dan datang si C plak kata saya berpandukan bayang2 dari cahaya Matahari.



Guna kaedah mana pun bagi saya okay, yang penting betul Qiblat nya...Saya percaya Anda semua mahir guna kompas masing-masing, tapi apa salah nya, semak arah Qiblat di sini.... http://www.qiblalocator.com/ sama tak dengan arah Qiblat yang Anda guna sekarang?

Sangat mudah, masukkan alamat lokasi dimana arah Qiblat yang mahu disemak dan dapat koordinat @ region number Qiblat lokasi tersebut bagi sesiapa yang gunakan kaedah kompas..Yang gunakan kaedah matahari saya bincangkan lain kali ye, InsyaAllah.

Sama-sama menyemak Qiblat lokasi masing-masing dan dapatkan region number/ koordinat lokasi yang hendak dikunjungi sebelum travel.

Ingat, Qiblat Yang Satu, 1.

Selamat Menyemak.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...