Tuesday, May 10, 2011

Harga Gula Naik Lagi



Mungkin ini berita kurang gembira buat semua pengusaha industri makanan yang berasaskan gula dan juga pengemar makanan BERGULA ni..

Kenaikan harga gula pada hari ini sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram telah diumumkan oleh kerajaan.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom berkata, dengan kenaikan harga dari RM2.10 kepada RM2.30 kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun iaitu kadar subsidi 20 sen sekilogram.

Menerusi Langkah ini,  kerajaan dapat melakukan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun. Satu jumlah yang banyak ni dan ianya boleh digunakan untuk tujuan lain..Kerajaan harus memastikan penjimatan ini digunakan sepenuhnya untuk kebaikan rakyat bukan nya untuk kepentingan sesebuah pihak sahaja.

Untuk pengetahuan semua, yang mana mungkin kita tidak sedar, kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat. Sebelum ini pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen).

Disebalik kenaikan ini, ramai kedengaran mengeluh sebab kenaikan gula berlaku bila mana umat bulan Ramadhan bakal menjelang tidak lama lagi..pastu Hari Raya Puasa lak..buat kuih muih manis-manis ni confirm guna gula dalam kuantiti yang banyak..kalau sebelu ni kuih di bazar Ramadhan 3 biji 1 ringgit, mungkin nanti 2 biji 1 ringgit...kita tunggu dan lihat la reaksi rakyat kelak.
Dari sudut kesihatan, ada baiknya jugak harga gula ni dinaikkan. Secara tidak langsung, sedikit sebanyak akan mengurangkan tabiat pengambilan gula oleh masyarakat. Maka, pelbagai risiko mendapat penyakit seperti Diabetes dapat dikurangkan. Kurangnya orang sakit, maka kos perubatan yang perlu ditanggung kerajaan juga menurun. Selain gula, mungkin harga rokok perlu dinaikkan 100% kerana rokok juga merupakan penyebab utama penyakit-penyakit merbahaya seperti sakit jantung yang menyebabkan kos perubatan yang perlu ditanggung kerajaan meningkat. 

Apa-apa pun, kawal lah pengambilan gula anda dengan bijaksana. Lebih kan manisan dalam senyuman, kurangkan manisan dalam minuman/ makanan.

2 comments:

  1. Ada baik dan buruknya tentang kenaikan gula tersebut. Cuma jangan dijadikan isu untuk kepentingan sesebuah pihak sahaja. Lihatlah dalam keseluruhan aspek dan jangan pula mempermainkan rakyat dengan isu kenaikan ini. Yang menanggungnya adalah rakyat.

    ReplyDelete
  2. @firdaushope

    betul tu Tuan Lawyer...Rakyat sekarang dah makin tertekan dengan segala macam kenaikan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...