Thursday, April 14, 2011

Berbaloikah beli Syer Bank Rakyat?


Semua orang duk sembang dan sanggup Q panjang kat Bank Rakyat untuk beli syer keanggotaannya sejak beberapa tahun lepas habis dilanggan..Kini di buka balik dengan jumlah modal 3 billion. Mungkin ada dah pagi2 duk pegang pintu bank atau siap amik cuti khas. Berbaloikah..???


Berdasarkan sejarah prestasi lepas BR ni bayar dividen secara puratanya 15% setahun katanya...memang masyuk la compare dengan instrument pelaburan yang seangkatan dengan nya. Saya rasa mungkin sbb itulah semua org sanggup Q panjang2 even 2-3 jam sekali pun..Even dividennya adalah kompetitif, syer BR ni ada kelemahannya tersendiri..

Pada pendapat saya, KUREN berbaloi (bukan tak, just kuren)

  1. Q berjam-jam..sedangkan boleh 
  2. beli/tambah RM500 je.. (kalau RM 50,000 berbaloi gak Q lama ni), jika RM500, dengan dividen 15% setahun dapat la RM75 setahun, then  
  3. kena tolak byrn takuful berkelompok RM10 p/tahun..bersih dapat RM65 jewww.
  4. Dividen ni pulak WAJIB CASH OUT..so tak leh la nak apply power of compounding/ accumulating interest, ayat mudah nya duit tu takleh beranak pinak dalam BR unless BR tambah modal lagi la yer..(mcm sukar je nak tambah suka-suka). 
  5. Lagi satu, untuk yang baru nak beli share..BR (cwgn PJ) wajibkan buka akaun simpanan minima RM10 ngan BR (kena attach 2 salinan IC)..alasan  senang nak creditkan dividen..cash out tunjuk IC kat kaunter pun boleh
  6. point seterusnya ialah syer BR hanya la memberikan cash flow return shj, NO CAPITAL APPRECIATION, ayat mudah nya kalau ada syer RM 500, nilai nya akan tetap RM 500 bukannya bleh naik ke RM 501 dsbnya
  7. Last point is the share has very low liquidity....ayat mudahnya..nak jual balik share tu kena isi borang kat BR, after 1 year then you will get back your money...let's says labur RM 500...lepas 1 tahun awak apply nak jual share tu baru dapat balik RM 500...kalau RM 50,000..tup2 ada peluang pelaburan lain yg lebih menarik, melepas la, kecuali byk lagi duit lain la..kalau nak beli syer BR ni..duit yg digunakan betul2 duit lebihan dan bukan amik dari your emergency fund.

"though my lenses" . Keputusan adalah ditangan Anda. Selamat melabur dengn bijak.


31 comments:

  1. aku blum beli lagi BR ni, aku pun xtau napa aku xminat nak beli..ehe

    apa2 jom tgk
    Keputusan Terkini Liga Juara-Juara Eropah

    ReplyDelete
  2. Apa-apa pun terpulang kepada semua, timbang2 le

    ReplyDelete
  3. setiap pilihan ada kelebihan dan kekurangan. Ada untung dan ada rugi. Tepouk dada, tanya selera..pilihla mana yg sesuai dgn kehidupan dan pilihan kita

    ReplyDelete
  4. @phycrewz

    mcm tu ka Bro...mesti dah byk letak tempat lain tu..tak pun dah dengar kawan2 beratur 2-4 jam nak dapat letak RM 500 kat BR..

    ReplyDelete
  5. @Lagenda

    bak kata Robert Kiyo..buat yg mana Anda selalu menang dan ulangi nya...All the best

    ReplyDelete
  6. @Sharinginfoz

    jgn la teruja sgt ngan syer bank rakyat ni..7 kelemahan melabur disini perlu ditimbang2 kan

    ReplyDelete
  7. @dinsblog

    untuk yg bumi..baik letak kat ASB sampai penuh ada gak compounding interest...kalau kira2 betul2 jauh lagi lumayan

    ReplyDelete
  8. pikir biar habis, kalu rasa nak duit sentiasa meningkat, dpt dividen tu, ltk dlm asb....

    ReplyDelete
  9. Bank Rakyat dah patuh syariah. ASB baru dalam usaha nak patuh syariah. Setiap orang ada prinsip melabur masing-masing.

    ReplyDelete
  10. @Anonymous

    aku dah abis pikir ni...setakat RM500..n susah nak compounded...kecairan pun bapak punya 1 tahun beb...baik aku park kat PNB produk...ada setengah produknya kalau kena cara aku pernah untung 42% setahun...BR berapa 15% je beb...pastu PNB ni bila2 aku nak guna duit pegi je b4 4pm hari keje, on the spot bleh amik duit tu...tu yg sempoi nye...smlm baca buku kiyosaki kata the best investment is providing us with cash flow and capital appreciation..n aku nak tambah sket..kecairan yg tinggi la...kalau lagi nak invest tak perlula sampia sakit2 kaki menunggu...

    terbaek la post ni..so far ni satu je artikel yg aku browse dlm internet yg bagitau kelemahan melabur dlm BR...good points untuk sedarkan public bahawa melabur ni kena perlu ada ilmu..bukan just follow whatever are HOT in current market..

    pasni dana dah makin besar kat BR ni..bleh ke dioarng maintain 15% ni..ibarat anologi kek la..dulu 1 biji kek, makan kongsi 10 org..skrg mungkin 1 kek dah kena kongsi 100 org...dpt jugak masing2 kek tu..cuma ciput la...maybe ni satu lagi point yg perlu di tambah oleh the traveler dlm artikel BERBALOIKAH BELI SYER BR ni..

    check out...do investment using your mind...

    ReplyDelete
  11. Bagi pelabur baru, digalakkan amik syer RM500 utk kemudahan sbg ahli BR ie kadar % PL yg lebih baik dari bukan ahli, kem2 kecemerlangan free etc. Juga berpeluang mendapat bonus keahlian terawal sekiranya diistiharkan. Cth 2009, ahli >10 tahun dpt 5% bonus tambahan kpd dividen 15%. Fikirlah utk jangka panjang krn BR dah established sekian lama berbanding dgn Pelaburan x konsisten koop lain yg umur setahun jagung bagi memancing dana, akhirnya runtuh. 'Anda buat, anda dapat"

    Dividen diterima pula bole dipindahkan ke akaun Tabung Haji yg beri pulangan 5%. Proses kompoun ni berlaku ke atas tabungan Haji tsbt. Transaksi ini bole dibuat online atau ATM.

    Lihat juga manafaat tersurat saham syariah BR berbanding saham yg harus/ragu2. Buat pilihan yg bijak berdasarkan aspek syariah (kewajipan). Insyaallah ada keberkatannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan tuan paling tepat dan bijak.

      1. Saya dah melabur dalam Bank Rakyat dari tahun 2003.Tiap tiap tahun dividen lebih 10%.Dapat dividen simpan dalam Tabung Haji.Dapat lagi 5%.

      Syariah compliant.

      2.Saya pun ada simpan dalam Bank Persatuan.Sooner or later ia akan jadi 10% macam Bank Rakya.

      Delete
  12. sesuai untuk kalau mmg dah berlebih duit...
    hehe... (yang penting... zakat jangan lupa...)

    ReplyDelete
  13. Pilihan lain boleh beli syer Bank Persatuan. Dividen 10% setahun dah 3 tahun berturut-turut.Boleh beli RM 2000

    ReplyDelete
  14. apaler korang ni salah faham agaknya sampai. Agaknya korang belum masuk lagi kot jadi cepat buat kesimpulan. Yang RM500 tu adalah pelaburan awal sebagai peluang yg diberi kepada setiap ahli baru untuk menjadi ahli. lepas tu kena isi borang kedua untuk tambahan saham. limit tambahan sebanyak RM100,000 seorang. Yg ni belum gerenti lagi. Lepas isi borang tu, kena tunggu sampai hujung Mei sebab depa nak bawak ke mesyuarat diskus sebab dana yg dibenarkan BNM cuma 1 billion dah byk org nak tambah saham. kalau berjaya, depa akan call penyimpan untuk mengatakan permohonan dah berjaya dan boleh bawah duit ke BR untuk tambah saham. Jgnler cepat melatah lain kali study betul-betul. Rugi kalau belum masuk sebab 15% (lepas tolak zakat) takde isntrument simpanan yg boleh lawan skrg bebb....

    ReplyDelete
  15. baru tahu pasal benda ni.....tapi saya melabur kat asb je...hehehe


    New Entry: [Week1] RM100 percuma

    ReplyDelete
  16. eh aku lak br dpt offer 15K syer bank rakyat ni. yg 500 tu mmg la sume dpt.. kira lucky la gak. mcmana depa select aku pun tak sure ...

    ReplyDelete
  17. good point la bro, aku baru je terpikir2 dari dulu, nape la susah sgt nk invest kt bank persatuan nih, tp ble da bace entri nih, kire ok lega jgk la.. hehehhe..

    ReplyDelete
  18. @paiz

    Kalau Bank Persatuan lagi tenat...dividen hanya sekitar 10-12.5%..bunyi2 tahun nak drop samapi ke 8 % je...bulan 8 (August) baru akan dpt merasa dividen untuk tahun pelaburan sebelumnya..lagi 4 bulan lagi nak masuk tahun hadapan...

    bayangkan 8 bulan duit kita kena peram kat diaorg..kalau kasi 20% ke atas baru lah OKAY

    ReplyDelete
  19. Paling lumayan melabur duit bawah bantal, kalau hilang pun bukan sbb bank curi, tp bini ambik.
    Heh..heh..

    ReplyDelete
  20. oo..begitu, baru cadang nak masuk bank persatuan...rupanya sama jugak dengan saham koperasi wahida. duit diperam dulu setahun.

    ReplyDelete
  21. Aku dah masuk saham BR (RM500) dan BP (RM2000), biarkan aje disitu..selebihnya letak di ASB. Kalau nak rolling time kecemasan, rembat duit je ASB.Simpanan saham yang lain tu anggap sebagai pelaburan sampingan yang sekurang-kurangnya ada la masyukk la sikit daripada tak ada langsung...

    ReplyDelete
  22. saya baru je dapat offer tambahan RM15K dari 500 yg penat2 beratur dulu.. rasa nak rembat jek ler.. susah plak nak dapat next time..

    ReplyDelete
  23. baik simpan dlm emas jer..gold investment..minimum pulangan 20%..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gold memang terbaek..kena cara more than 20% bleh hit

      Delete
  24. Thanks for info.. Jemput lawat blog saya jugak.. Still newbie.. ��

    ReplyDelete
  25. Salam...jika berminat utk menjual saham bank rakyat boleh email saya di phefit3@gmail.com..putrajaya..

    ReplyDelete
  26. 500 tu ltk je dlm tu pastu xyah peduli.. kalau sembang nk masuk 50k pegi la asb.. xrugi pun 500 tu

    ReplyDelete
  27. Salam. Saya berminat membeli saham bank rakyat. Kepada sesiapa yang ingin menjual sila whatapps 0182264819. Area Selangor sahaja.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...