Wednesday, April 20, 2011

Dividen Pertama Amanah Hartanah Bumiputera


Yee..zaa..dah dapat dividen pertama Amanah Hartanah Bumiputera atau juga dikenali as AHB. Dividen pertama ni ialah 2.17% untuk 4 bulan diishtiharkan pada 18 April 2011  selepas lebih kurang 4 bulan dana ni dilancarkan pada Disember 2010..

Sebenarnya aku baru sedar dividen AHB dah di declare..pada 18 April, Isnin lepas aku memang ada buka Maybank2u & tengok ada duit masuk RM9.96 dlm akaun..ingatkan duit penyewa bank in kan sbb dia ada mention nak bank in duit bil TNB tapi jumlah nya hanya RM9.60...ni aku dapat RM9.96 lebih dalam RM0.36...aku pun buat tanggapan sendiri..baik hati gak penyewa aku ni bank in lebih even brp puluh sen je..

Tapi tup2 hari ni dia SMS dia baru transfer duit TNB tu hari ni RM9.60...Bila check ngan Maybank rupanya dividen AHB....so, kalau tgk dalam bank statement Maybank ada tulis APS PAYMENT CREDIT..tu duit dividen korang la tu..jgn naik heran la kalau korang memang ada labur kat AHB.

Dividen 2.17%..agak kurang memberangsangkan ni...tapi apa2 pun kena tunggu 2nd dividen plak yang akan di declare pada bulan October..lagi 6 bulan..FYI, AHB akan declare 2 kali dividen dalam 1 tahun, bulan April & bulan October. Tunggu dan lihat la October ni..

Based on my simple calculation & prediction..untuk 4 bulan pertama @ 1st interim 2.17%, so ada lagi 8 bulan kan. nak cukup 12 bulan..maka formula mcm gini la 2.17% x 3= 6.51%. (so lbetul apa yang dijanjikan, pulangan paling kurang adalah 6.00%).ni jangkaan semata-mata ye...mungkin bleh kurang atau lebih dari 6.51%). Jika dibandingkan dengan rekod Tabung Haji tahun lepas 5.8% (kalau tak silap)..maka InsyaAllah AHB bleh beat TH..ni kita compare dana yang patuh shariah ye..

Apapun,  yang terpenting pelaburan yang kita buat (AHB) ni berlandaskan syariah dan mempunyai quite moderate liquidity. Senang nak dikeluarkan bila nak guna duit untuk apa2 tujuan.,tapi ingat 1bulan 1 kali je leh wat kuar

Untuk kuota, aku sendiri kuren pasti..yang ni kena pegi terus ke Maybank n tanya pegawai Maybank sama ada masih ada lagi atau tak..Bulan lepas ada kawan pegi nak beli dana ni RM1000 tapi dah abis, then aku pegi tanya selang 10 minit untuk beli RM500..masih ada. Sebab dana ni satu Malaysia bleh trade..kebetulan masa aku nak beli ada orang jual balik dana dia..Kira rezeki masing2..

P/S: Buy your asset first, then use income from it to buy your liability. 


3 comments:

  1. cik syah..camner lak gn public mutual vs kwsp n cimb vs kwsp..apa pandangan u plak..comapre antar a duit mana yg ok..

    ReplyDelete
  2. @ctie

    Public Mutual in merupakan amanah saham swasta. Bila amanah SAHAM, harga unitnya adalah berubah-ubah setiap hari kerana ia didagangkan dipasaran saham.

    Buat masa skrg, ekonomi Dunia adalah tidak stabil, secara tak langsung Malaysia terkena tempias ni..Maka, pasaran saham sekarang ni adalah sangat TIDAK STABIL..,kalau kita tidak mmpyi byk masa n byk pengetahuan dlm dunia saham, pada hemat saya, melabur di dlm unit amanah swasta buat masa ini adalah tidak sesuai. Negara Besar Dunia pun beralih kpd komoditi yg mana lebih stabil di dlm suasana ekonomi hari ini.

    Elakkan terlebih dahulu melabur dlm unit amanah swasta ini untuk mengelakkan duit KWSP (simpanan hari tua) terkorban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaek..tqvm atas berguna Tuan

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...